Awang Had Salleh

Tan Sri Prof. Emeritus Dr. Awang Had Salleh (24 Jun 1934 – 1 Julai 2013[1]) [2] ialah ahli akademik dan sasterawan Malaysia. Kerjaya akademiknya memuncak dengan pelantikannya sebagai Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia dan seterusnya Naib Canselor Pertama Universiti Utara Malaysia sebelum persaraannya. Selain terkenal dan aktif dalam bidang akademik, Awang juga banyak menghasilkan karya kreatif, termasuk banyak buku, risalah, dan kertas kerja mengenai bidang pendidikan, bahasa, dan budaya.[2] Tahun 1966 merupakan tahun yang cukup penting dalam penulisannya apabila dua buah karyanya, kumpulan cerpen Merah Kuning Biru dan novel Biru Warna diterbitkan. Dramanya, Buat Menyapu Si Air Mata, diterbitkan pada tahun 1975.Beliau ialah bapa kepada bekas penyampai berita ntv7, Norazlina Awang Had.